Your views

Sample image Send us your views and eyewitness videos to: PALESTINE CENTRE OF EXCELLENCE, MALAYSIA.    Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur.                                                  E-mail: mypacemalaysia@gmail.com
You are here: Home News News Liputan Perhimpunan Perdana

Liputan Perhimpunan Perdana

E-mail Print PDF

penyerahan haluan

Liputan Perhimpunan Perdana bersama Robitah Ulama Palestin anjuran Haluan

Assalamualaikum,


Pada 6 Feb yang lepas berlangsung Perhimpunan Perdana

bersama Robitah Ulama Palestin yang diketuai oleh Penasihat kanan Syeikh Abu Bakar Al-Awawidah di Masjid Wilayah. Perhimpunan ini adalah anjuran HALUAN dan disokong oleh gabungan NGO; di antaranya PACE/JIM, Mawaddah, Dewan Pemuda Masjid, Viva Palestina Malaysia (VPM) dan KISPA (Komite Indonesia untuk Solidariti Palestina).

Syeikh Abu Bakar di iringi oleh Abu Ahmad (Koordinator bantuan antarabangsa) dan Abu Maher (Peg. Tinggi Keselamatan Gaza). PACE/JIM diwakili oleh Dr Hafidzi Mohd Noor dan Dewan Pemuda Masjid di wakili oleh Tn Hj Taqiuddin. Ketua Sekretariat Palestin HALUAN iaitu Sdr Norazman telah menyampaikan ucapan alu-aluan.

 penyerahan pace

 

Ucapan Syeikh Abu Bakar di terjemahkan oleh wakil dari KISPA yang mengiringi rombongan Robitah Ulama Palestin iaitu Ust Idham Ariffin. Pengerusi KISPA iaitu Ust Ferry Nur turut hadir mengiringi rombongan Robitah yang akan mengunjungi Kelantan dan Ipoh dalam program yang menyusul.

syeikh abu bakar

Majlis turut diserikan dengan persembahan Nasyid oleh Sdr Muadz. Beliau membawa dua buah persembahan dengan penuh semangat. Acara terakhir ialah penyerahan sumbangan di mana PACE telah menyerahkan RM100,000 dan HALUAN menyerahkan RM450,000 dengan diringi laungan takbir yang memenuhi dewan persidangan.

sidang akhbar


Satu sidang akhbar telah diadakan setelah majlis dengan dipenegrusikan oleh Dr Hafidzi Mohd Noor (PACE) bersama Sdr Norazman (HALUAN) dan Hj Taqiuddin (Dewan Pemuda Masjid). Wakil-wakil media yang hadir adalah dari Sinar Harian, Harian METRO dan Bernama News.

Dr Hafidzi Mohd Noor
PACE

Last Updated ( Tuesday, 09 February 2010 09:21 )  

Advertisement

Polls

Pada pandangan anda, pihak manakah yang lebih layak mewakili rakyat Palestin?
 

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday94
mod_vvisit_counterYesterday207
mod_vvisit_counterThis week522
mod_vvisit_counterThis month1769
mod_vvisit_counterAll days63802

Your IP: 38.107.191.101
 , 
Today: Sep 07, 2010

Who's Online

We have 2 guests online