| Iktibar Dari Kemenangan Hamas Dalam Pilihanraya Palestin |
|
|
|
|
keadaan menghadapi kepungab serta diasak oleh musuh-musuh politik yang bersekongkol dengan regim zionis dan Amerika.Sebab utama kenapa HAMAS masih memegang tampuk pemerintahan sehinggakini adalah kerana sokongan rakyat yang tetap utuh meski berdepan dengan sekatan antarabangsa dan kepungan yang melumpuhkan sama sekali ekonomi dan kehidupan seharian rakyat Palestin. Apakah pendekatan yangdiambil oleh HAMAS sehingga rakyat terus mempertahankan kerajaan ini? 1. Pimpinan dan aktivis HAMAS tidak terpisah dari kehidupan rakyat marhaen. Bahkan mereka hidup di kalangan pelarian di kem kem pelarian rakyat Palestin seperti di Khan Younis, Rafah dan Jabaliya. Rumah Syeikh Ahmad Yassin as-syahid, as syahid Dr abdul Aziz Rantisi, Drmahmoud Az Zahar dan Perdana Menteri Ismail Haniyeh tidak dapat dibezakan dari penduduk Palestin yang lain, Pendek kata tidak ada dalam kamus kehidupan pemimpin Hamas untuk hidup selesa dan mewah. 2. Mendahulukan keperluan rakyat. Setiap sumbangan kewangan yangditerima oleh kerajaan Hamas sepanjang berhadapan dengan sekatandiperuntukan untuk menampung keperluan rakyat. Apabila dana mencukupi untuk membayar gaji kakitangan awam yang tertunggak selama lebih darisetahun, kerajaan HAMAS mendahulukan kakitangan awam walaupun pegawai-pegawai tinggi dan ahli parlimen tidak dibayar gaji mereka. 3. Tidak pernah menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana awam. Sejak aktivis Hamas mula bergerak di tengah-tengah rakyat Palestin jauh sebelum tercetusnya peristiwa intifadah, mereka dikenali dari sifat keikhlasan, ketelusan dan kejujuran mereka. Semua badan-badan NGO antarabangsa termasuk agensi-agensi PBB seperti UNESCO, UNRWA, dan Red Cross yang menyalurkan keperluan rakyat Palestin boleh mengesahkan rekod cemerlang dan ketelusan badan-badan kebajikan yang diterajui oleh pendokong-pendokong Hamas. Apabila Hamas diberikan mandat, kepercayaan ini terus dipertahankan. Sejak menang PR bulan januari 2006, tiada satu lapuran pun yang mendakwa pegawai-pegawai dan ahli-ahli parlimen terlibat dengan penyelewengan dana awam. 4. Unit keselamatan yang cekap dan berdisiplin. Sebaik sahaja Hamasmemegang kuasa, pasukan keselamatnya 'Executive Force' dibentuk untuk menjaga aspek keselamatan rakyat. Pasukan ini telah berjaya mengawal keadaan apabila kelompok-kelompok bersenjata yang setia kepada Muhammad Dahlan (Fatah) menimbulkan huru-hara di Gaza. Bahkan kecekapan dan ketangkasan (termasuk dari sudut perisikan) mereka berjaya menundukkan kelompok pelampau seperti suku Daghoush yang menculik wartawan BBC, Alan Johnston. Pasukan keselamatan Hamas berjaya memelihara kepercayaan rakyat, bahkan berjaya mengembalikan keyakinan wartawan barat untuk membuat liputan di Gaza tanpa kerisauan terhadap aspek keselamatan. Peristiwa ini mendorong tidak kurang dari 20 ahli parlimen British mengusulkan kepada Perdana Menteri Tony Blair supaya menghubungi Hamas untuk mencari formula penyelesaian terhadap isu Palestin. 5. Tetap teguh mempertahankan prinsip. Hamas tidak pernah mengubah pendiriannya dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin. Bagi Hamas, hak rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air mereka, hak untuk mendirikansebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan sempadan yang diperakui oleh PBB berdasarkan resolusi 242 pada tahun 1967 dengan Baitul maqdis sebagai ibu negara adalah 'inalienable rights' (hak asasi yang tidak boleh dipersoalkan) bahkan di iktiraf berdasarkan Deklarasi hak asasi manusia sejagat 1948. Sikap Hamas yang menolak sebarang kompromi untuk menggadaikan prinsip-prinsip ini menjadi sebab untuk rakyat Palestin memberikan mandat kepada Hamas danmempertahankannya meskipun berhadapan dengan kepungan yang boleh mencetuskan tragedi kemanusiaan yang parah. Pendirian Hamas dalam mempertahankan hak rakyat Palestin ini terbukti tepat apabila semua usaha-usaha perdamaian yang matlamatnya hanya untuk memperakui hak Israel untuk terus menduduki Tebing Barat da Baitul Maqdis Timur, yang ditaja oleh Amerika dan Israel berakhir dengan kegagalan. Ini termasuklah perjanjian Oslo 1993, Usaha Damai (Road Map) 2003 dan terkini Konferens Annapolis 2007. 6. Berusaha ke arah perpaduan nasional. Hamas tidak pernah melihat kemenangannya dalam PR legislatif Palestin sebagai kemenangan di atas lawan politik mereka. Bagi Hamas kemenangan yang dicapai adalah kemenangan rakyat Palestin untuk mempertahankan hak dan kedaulatan negara Palestin. Kerana itu langkah pertama yang diambil oleh Hamas sebaik diistiharkan sebagai pemenang ialah dengan mempelawa Fatah untuk bersama membentuk kerajaan (meskipun Hamas hampir memenangi 2/3kerusi, 62% dari bilangan kerusi yang dipertandingkan). Bahkan Hamas turut mempelawa kelompok-kelompok yang lain seperti PFLP dan Jihad Islami bersama menerajui kerajaan Palestin. Bagi Hamas projek membebaskan bumi Palestin adalah projek nasional dan dengan itu harus digerakkan oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira affiliasi politik. Malangnya tawaran ini ditolak mentah-mentah oleh Presiden Mahmud Abbas dan kalangan tertentu pimpinan Fatah. Hamas tidak berputus asa dan tetap mencari formula penyelesaian meskipun terpaksa berhadapan dengan pengkhianatan setengah pemimpin Fatah yang berkerjasama dengan Amerika untuk menggagalkan kerajaan Hamas. Akhirnya kerja keras semua pihak melahirkan sebuah kerajaan perpaduan nasional pada bulan Mei 2007. Malangnya kerajaan perpaduan nasional yang menggabungkan dua partiterbesar Hamas dan Fatah natijah dari persetujuan yang dimeterai di Mekah terongkai, sekali lagi oleh tangan-tangan jahat yang dipelopori oleh kelompok Fatah yang berkepentingan. Sehingga saat ini, dalam keadaan terkepung usaha untuk mencari titik penyelesaian terhadap isu perpaduan ini masih diteruskan. 7. Penyebaran maklumat untuk membentuk pandangan umum antarabangsa.Hamas sentiasa berusaha untuk menerangkan formula penyelesaianpolitiknya ke atas konflik Palestin. Sebaik sahaja Hamas memenangi PR,semua serangan 'berani mati' (amaliyah ishtihadiyah) dihentikan. Bagi Hamas kemenangan dalam PR dan berada dalam posisi sebuah kerajaan yang sah mewakili rakyat membuka ruang yang amat luas untuk Hamas menawarkan program politiknya untuk menyelesaikan isu Palestin. Untukini Hamas telah menggunakan semua kesempatan termasuklah menjelas dasar-dasar Hamas kepada negara-negara Arab, Kesatuan Eropah dannegara-negara Islam. Hamas juga menggunaan semua saluran media untuk menjelaskan pendekatan Hamas untuk mencapai satu persetujuan yangterhormat. Meskipun tidak mendapat sebarang reaksi dari Israel, hamas tetap mengistiharkan gencatan senjata sehala 'tahdiyah' (unilateralcease-fire) di mana kerajaan Hamas akan menahan diri dari melakukan serangan balas ke atas tindakan ketenteraan Israel menceroboh Gaza (kecuali untuk tujuan pertahanan). Hamas turut menawarkan genjatan senjata jangka panjang atau 'hudna' sekiranya Isreal bersetuju untuk berundur dari Tebing Barat, baitul Maqdis timur dan menghentikan kepungan ke atas Gaza termasuk mengosongkan semua penempatan Yahudi diatas wilayah yang diduduki pada tahun 1967. Hamas memberi keyakinan bahawa kemanan yang berpanjangan di Palestin dapat diwujudkan jika gencatan senjata ini menjadi kenyataan. Namun desakan untuk mengiktiraf Israel tidak perlu diteruskan kerana ia adalah suatu yang tidak mungkin samada dari sudut umat Islam bahkan sudut kemanusiaan sejagat. Semua program politik Hamas disiarkan dalam laman-laman web termasuklah saluran media barat meskipun ruang yang diberikan begitu sempit.
Inilah di antara kekuatan yang dimiliki oleh Hamas sehingga ia mampu bertahan meskipun saat ini Israel telah mengenakan kepungan palingdahsyat yang pernah kita saksikan. Bermula dengan penutupan pintu masuk utama barangan di Karni (tiada pergerakan barangan keluar dan masuk ke Gaza), disusuli pula dengan pemberhentian bekalan minyak,kemudian pemotongan bekalan elektrik dan terakhir menghentikan bekalan klorin untuk tujuan rawatan air minuman. Dalam saat-saat rakyat Gazaberdepan dengan tragedi yang parah ini, mereka terus memberikan sokongan kepada Hamas tanpa goyah sedikit jua. Pastinya banyak yang boleh dipelajari oleh mana-mana kerajaan di duniaini terutama kerajaan yang baru mendapat mandat dari rakyat.
*Rencana ini dimuatkan dlm web blog Majlis Syura Muslimun http://msmlondon.wordpress.com/ |
ROQ 21 Ogos Tanggal 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam sejarah umat Islam kerana pada hari inilah Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) lahir, di mana pada hari yang sama pada tahun 1969 M, seorang warga Australia Dennis Michael Rohan, telah membakar Masjid Al-Aqsa. |