|
"The preeminent obstacle to peace is Israel's colonization of Palestin." (Jimmy Carter, March 2006.) Bermula dari Camp David pada tahun 1978 hingga ke Annapolis Confference pada Nov. 2007, Israel dan Palestin telah melalui berbagai bentuk perjanjian, sidang ataupun prosess damai. Namun aman dan damai seolah-olah sukar untuk menjadi satu realiti dibumi Palestin ini. Walau apapun perjanjian ataupun
sidang damai dimeterai diantara Israel dan rakyat Palestin, ianya selalu akan berakhir dengan pencabulan terutama sekali dari pihak rejim Zionis. Dan selalunya juga bila sesuatu perjanjian berakhir, rakyat Palestinlah yang akan menderita. Mereka akan dibunuh, ditangkap, harta-benda di musnah dan makin banyak pula tanah milik rakyat Palestin dirampas. Dan selepas itu selalunya AS dan Israel akan berbincang tentang proses damai yang lain pula. Inilah yang terjadi selepas perjanjian damai pada Annapolis Confrence yang diadakan pada 27 November 2007 di Annapolis, Maryland, US. Pada 10 Januari, George Bush telah melawat Israel dengan tujuan untuk membantu Israel dan Palestin merealisasikan formula "two-state solution" dan juga mengingatkan kepada Israel akan janji-janjinya dalam proses damai ini. Tetapi sebaliknya apa yang berlaku, iaitu dua hari saja selepas lawatan George Bush ini rejim Israel telah mengambilkan keputusan untuk memutuskan satu peratus dari bekalan elektrik ke jalur Gaza. Penduduk Gaza yang telah cukup menderita akibat sekatan dan kepungan yang dikenakan semenjak Jun tahun lepas, kini terpaksa menanggung satu lagi krisis kemanusian yang amat dahsyat. Akibatnya jalur Gaza sampai saat ini masih berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Sistem ekonomi yang lumpuh, pengangguran meningkat dan malah hampir semua hosapital tidak dapat beroperasi dengan sepenuhnya. Selain dari itu, rejim Israel juga terus-menerus membunuh rakyat Palestin. Dari bulan Januari hingga ke saat ini lebih dari 140 orang rakyat Palestin telah dibunuh termasuk kanak-kanak berumur 2 bulan hinggalah ke orang tua yang berumur 65 tahun. Dalam tempoh inilah juga di Jerusalem pihak Israel makin rancak merampas tanah milik rakyat Palestin untuk membina penempatan bagi orang Yahudi. Kedatangan George Bush ini bukan membawa damai kebumi Palestin tetapi seolah-olah membawa malapetaka kepada rakyat Palestin. "Israel dan Palestin masih boleh mencapai perjanjian damai padang hujung tahun ini walaupun keganasan masih berlaku di jalur Gaza". Ini merupakan kenyataan Condelezza Rice, setiausaha kerajaan AS, semasa berada di Ramallah pada 5 Mac. Pada hari yang sama juga di tengah jalur Gaza di sebuah tempat yang bernama Dier Al-Balah seorang bayi perempuan yang baru berumur 20 hari mati ditembak oleh tentera Yahudi. Apa makna sebuah perjanjian damai apabila bayi yang baru lahir dan tidak berdosa ini tidak selamat dari tangan-tangan manusia yang mengatakan mereka mahukan perjanjian damai. Apa yang berlaku dijalur Gaza sudah cukup menunjukkan dan membuktikan bahawa perjanjian-perjanji an damai yang dianjurkan oleh kerajaan AS sudah tidak relevan lagi. Bagi rakyat Palestin kedatangan Condelezza Rice tidak diperlukan. Malah sikap kerajaan AS, sebagai sekutu rejim Israel, yang tidak langsung mengambil apa-apa tindakan kepada rejim Israel keatas apa yang berlaku di jalur Gaza juga seolah-olah merestui pula semua tindakan kejam rejim Israel terhadap rakyat Palestin. Pada 23 Mac pula, Dick Cheney, timbalan President AS, yang berada di Israel telah mengeluarkan satu kenyataan dalam satu sidang akhbar: " Komitmen Amerika kepada keselamatan Israel berpanjangan dan tidak berubah- seperti komitmen kita kepada hak Israel untuk mempertahankan negara dari serangan pengganas, serangan roket dan kuasa2 lain dari mereka yang ingin melihat kerajaan Israel hancur dan musnah." Tetapi dalam minggu yang sama, iaitu pada hari Khamis 20 Mac di bahagian selatan daerah Khan Younis di jalur Gaza seorang lelaki tua berumur 65 tahun bernama Hussein Abed telah ditembak mati oleh tentera rejim Isreal. Beliau telah ditembak dibahagian dada semasa sedang menunggang kereta keldai. Soalannya, apakah lelaki tua ini dan roket-roket Qassam buatan tangan rakyat Palestin yang selalu jatuh tak menentu dan meletup diwilayah Yahudi mampu mengalahkan sebuah kuasa nuclear seperti Israel. Bagaimana pula hak rakyat Palestin yang terus-menerus dizalimi oleh rejim Israel, untuk membela diri. Dengan kenyataan yang di buat oleh timbalan President ini dan apa yang berlaku berlaku khususnya di jalur Gaza menunjukkan apa jua pun perjanjian damai yang dianjurkan oleh AS hanya akan menguntungkan rejim Israel bukan rakyat Palestin. Bila tembok batu berdekatan dengan Rafah yang menjadi penjara kepada penduduk Gaza diletupkan dan dipecahkan oleh Hamas pada 23 Januari, lanskap proses damai dan politik di Palestin mengalami satu perubahan yang besar. Bukan setakat proses damai antara rejim Zionis dan PA terhenti malah Hamas muncul menjadi faktor penentu kepada perkembangan proses damai ini. Penerimaan Hamas sebagai rakan-runding dalam proses damai ini telah menjadi satu dilemma kepada Israel dan PA termasuk AS sebagai orang tengah dalam proses damai ini. Ini disebabkan PA tetap menganggap Hamas telah melakukan rampasan kuasa di jalur Gaza walaupun Hamas telah memenangi pilihanraya secara sah. Bagi AS dan Israel pula, mereka tetap dengan pendirian bahwa Hamas adalah kumpulan pengganas, menerima Hamas sebagai rakan-runding bermakna mengiktiraf "pengganas" yang mengancam keselamatan Israel. Hamas pula tetap menuntut jikalau rejim Zionis mengidamkan suasana yang aman (calm) dari roket-roket Qassam di wilayah Israel dan genjatan senjata atau Lull , rejim Zionis mesti membuka semula lintasan Rafah(Rafah Crossing) dan menghentikan semua operasi tentera di jalur Gaza. Proses damai Israel/Palestin kini memasuki satu fasa yang menarik dan dalam pada masa yang sama merumitkan. Akibat dari robohnya lintasan Rafah ini, Mesir juga turut diheret ke kancah konflik Israel/Palestin. Disebabkan AS tidak bersedia berdepan dengan Hamas dalam proses damai ini, Mesir telah berperanan sebagai orang tengah dalam proses damai sekurang-kurangnya untuk mendapatkan genjatan senjata sementara. Tetapi menyedari Mesir merupakan antara sekutu baik AS di timur tengah dan mendapat bantuan ekonomi berjuta-juta AS dollar dari AS, usaha yang dibuat oleh Mesir ini juga diragui. Kemungkinan apa-apa resolusi dalam yang dibuat dalam perjanjian damai hanya akan menguntungkan AS dan Israel bukan rakyat Palestin. Hasilnya keadaan masih tidak aman seperti selalu. Namun begitu satu perkembangan yang positif sedang berlaku di antara Hamas dan Fatah. Khaled Mishaal dari Hamas dan MP Azzam Al-Ahmad dan Dr. Mousa Abu Marzouk dari Fatah telah menanda-tangani satu usaha damai yang dinamakan "Yemeni Initiative" yang ditaja oleh President Yemen-Ali Abdullah Salleh di Sana'a, Yemen. Dalam "Sana'a Declaration" ini kedua-dua pihak telah bersetuju menjadi deklarasi ini sebagai satu rangka-kerja dimana Dialoq kebangsaan Palestine dapat dihidupkan semula dan membincang semua pertelingkahan yang terdapat diantara mereka. Hamas sangat berharap agar perjanjian ini mendatangkan hasil yang baik dan menggesa dunia Arab menyokong usaha damai ini. Malangnya pula deklarasi ini mendapat tentangan dari kepimpinan PA di Ramallah. Kemungkinan besar PA mendapat tekanan dari AS supaya berbuat demikian. Sampai saat ini perjanjian damai ini belum menampakkan hasilnya, aman atau sebaliknya.
Oleh Megat S Ibrahim |