"Kami tersenyum, kami tidak menangis" kata ibu kepada pejuang berani mati - Shadi al-Zagher yang baru berumur 20 tahun yang telah shahid dalam serangan berani mati di sebuah pekan yang bernama Dimona diselatan Israel pada hari Isnin 11 Feb. 2008 yang lalu. Ibu ini bersama wanita-wanita Palestin yang lain menyanyi lagu memuji as-Shahid Shadi sambil meminum air dan memakan buah tamar di rumahnya di bandar Hebron, tebing barat. Kata ibu ini, Shadi al- Zagehr baru saja berkahwin sebelum dia shahid.Di Gaza pula semasa peristiwa ini berlaku, mereka membagi-bagi gula dikalangan mereka sambil menembak ke udara tanda gembira. Inilah merupakan serangan berani mati yang pertama dilancarkan semenjak 29 Januari 2007.
Bagi rejim Israel pula peristiwa ini amat merisaukan mereka kerana serangan berani mati ini datang dari tebing barat bukan dari jalur Gaza. Ini menunjukkan Hamas masih mempunyai pengaruh kuat di tebing Barat walaupun wilayah ini merupakan kubu kuat Fatah. Fatah dalam usahanya untuk melemahkan pengaruh Hamas di wilayah ini telah melakukan beberapa penindasan dan penangkapan kepada pengikut Hamas. Ini berdasarkan kepada lapuran yang dikeluarkan oleh Amnesty International dimana lebih 1000 orang pengikut Hamas ditangkap dan diseksa oleh PA (Palestinian Authority). Lebih 100 buah pertubuhan kebajikan yang mempunyai hubungan dengan Hamas telah diarah tutup.
Sebenarnya Hamas tidak mampu menentang rejim Israel secara ketenteraan dalam erti kata yang sebenarnya kerana mereka berada dalam serba kekurangan dan terpisah dari dunia luar. Hamas hanya mampu melancarkan beberapa roket Qassam dalam jarak terhad dan kebanyakannya tersasar, namun ini sudah cukup merunsingkan rejim Israel. Tetapi yang paling menakutkan penduduk yahudi dan rejim Israel ialah kemampuan pendudduk Islam dan pengikut Hamas untuk terus bertahan, berjuang dan tidak tunduk walaupun dikenakan berbagai tekanan dar rejim Israel. Ini merupakan kejayaan bagi pihak Hamas. Walaupun desakan demi desakan dikenakan oleh penduduk yahudi kepad rejim Israel namun setakat ini rejim Israel ini cuba mengelakkan dari mengunakkan kaedah peperangan secara meneyeluruh keatas Gaza kerana takut semua penduduk Palestin akan bersatu di bawah payung Hamas. dan seluruh dunia Arab dan Islam yang lain akan juga turut bersimpati dengan perjuangan Hamas. Dan Hamas pula akan
menjadi pembela kepada semua penduduk Palestin bukan Fatah seperti yang dirancang rejim Israel dan Amerika Syarikat.
Bila roket yang dilancarkan dari Gaza dan mencederakan seorang budak lelaki yahudi yang berumur 8 tahun di sebuah tempat bernama Sderot di selatan Israel sabtu lalu, Perdana Menteri Israel Ehud Olmert di paksa sekali lagi oleh orang Yahudi untuk melakukan operasi ketenteraan secara besar-besaran di jalur Gaza. Dalam jawapannya, Ehud Olmert mengatakan marah bukan jalan penyelesaian tetapi beliau berjanji akan melakukan satu tindakan yang terancang dan mengikut kaedah tertentu untuk memastikan semua pihak yang terlibat dengan "keganasan" ini dapat dihapuskan.
Senjata ampuh yang ada ditangan rejim Israel sekarang ini ialah sekatan ekonomi. " They are pressing us to reoccupy Gaza, but we're not interested in doing that, so we will impose economic sanctions" kata Menteri Infrastruktur Kebangsaaan Isreal –Binyamin Ben- Eliezer kepad radio tentera rejim Israel Ahad lepas. Dan dia juga menyokong sepenuhnya langkah tambahan seterusnya iaitu memutus terus bekalan elektrik(total cutoff) ke jalur Gaza.
Dalam pada itu ketua Popular Committee Against Siege (PCAS), ahli Parlimen Dr. Jamal Al-Khudari, berkata janakuasa utama di jalur Gaza akan kehabisan bahan api dalam masa terdekat. Dan ini akan membahayakan 1.5 juta penduduk di wilayah ini.eliau berkata jika janakuasa ini berhenti beroperasi disebabkan ketiadaan bahanapi, ospital dan pusat kesihatan akan mengalami kesukaran. Nyawa beratus-ratus pesakit dalam keadaan bahaya, malah bukan itu saja seluruh aspek kehidupan di jalur Gaza ini di ambang kemusnahan.
"What are you waiting for..? We have difficult life conditions in Gaza.. we have children expose to dangers, death, and pollution due to the lack of medicine, food, and clean drinking water… danger is indeed engulfing the entire population of the Strip." Rayuan dari Dr. Jamal kepada semua pertubuhan hak asasi manusia dan semua pertubuhan dunia yang masih membisu terhadap kesengsaraan 1.5 juta penduduk di jalur Gaza akibat sekatan ekonomi yang dikenakan oleh rejim Israel.
Apa seterusnya yang akan berlaku di Gaza selepas ini hanya ALLAH s.w.t saja yang tahu.
Oleh Megat S Ibrahim