Search
Main Menu

Gaza: Penjara Menjadi Pusara? PDF Print E-mail

"We must expel Arabs and take their places. We must use terror, assassination, intimidation, land confiscation,and the cutting of all social services to rid the Galilee of its Arab populations." Inilah kata-kata David Ben Gurion salah seorang pemimpin rejim Israel yang terawal. Inilah juga mungkin semangat yang masih segar dalam sanubari pemimpin2 rejim Israel hari ini.

Dan inilah juga yang sedang berlaku sekarang ini di wilayah yang diduduki iaitu di jalur Gaza dan tebing barat. Mengikut satu lapuran yang dibuat oleh "Defence for children International – Palestin section" iaitu salah satu pertubuhan kemanusian di Palestin untuk kanak-kanak bahawa dalam masa 31 hari selepas sekatan ketenteraan dan ekonomi di kenakan keatas jalur Gaza bermula pada Jun 2006 seramai 31 kanak-kanak di Gaza telah terkorban. Antara kanak-kanak yang terkorban ini ialah yang umurnya semuda 5 tahun.

Keganasan dan kekejaman rejim Israel tidak berhenti setakat itu saja, satu lagi lapuran dikeluarkan oleh "The Turkish committee for relief and humanitarian aid (IHH)" bahawa baru-baru ini bahwa sepanjang sekatan (siege) yang dikenakan keatas jalur Gaza lebih 100 orang pesakit telah terkorban akibat kekurangan ubat dan kemudahan lain untuk kegunaan hospital. Dan bagi IHH apa yang berlaku dibumi Gaza sekarang ialah pembunuhan secara perlahan-lahan (slow killing) yang dilakukan oleh rejim Israel keatas penduduk Gaza. Berdasarkan kepada lapuran ini juga bilangan rakyat Palestin yang dibunuh dari tahun ke tahun juga bertambah. Berdasarkan lapuran ini juga diantara tahun 2005 and 2006 seramai 894 orang Palestin telah dibunuh oleh Rejim Israel dan seramai 75 orang yahudi dibunuh oleh pejuang Palestin.

Apa yang berlaku ialah kebanyakan orang Palestin yang dibunuh oleh Israel ialah orang awam tetapi semua orang yahudi yang dibunuh oleh pejuang Palestin ialah askar Israel yang menceroboh dan menyerang di bumi Palestin. Mungkin kata-kata David Ben Gurion diatas masih membara dan membakar didada pemimpin-pemimpin rejim Israel ini, oleh itu walaupun sekarang penduduk Palestin telah cukup menderita dengan tembok yang memisahkan mereka dari dunia luar, sekatan ekonomi dan kententeraan yang telah mengorbankan beribu nyawa rakyat Palestin, mereka (yahudi) masih tidak merasa puas. Untuk kali kali kedua dalam tahun ini rejim Israel selain dari mengenakan sekatan ekonomi dan tentera keatas wilayah yang diduduki, mereka akan memutuskan bekalan elektrik ke atas jalur Gaza dalam beberapa tahap yang tertentu.

Jika perbuatan ini terus dilakukan di jalur Gaza, satu malapetaka ciptaan manusia yang bernama Yahudi ini akan mengorbankan beribu nyawa lagi di bumi Gaza ini. Sekarang ini dilapurkan oleh sebuah badan NGO " The Popular Committee Agaisnt Sanctions" bahawa hampir seribu pesakit di Gaza mungkin mati akibat tidak dibenarkan mendapat rawatan di luar Gaza. Menurut mereka sekatan ini menyebabkan makanan asasi dan bekalan ubat-ubatan semakin berkurangan di jalur Gaza. Malah sekatan ini juga menyebabkan 3500 buah kilang ditutup kerana kekurangan bahan mentah dan larangan mengeskport barangan kilang keluar Gaza. Disebabkan sekatan ini juga pelajar2 universiti juga tidak dapat menyambung pelajaran mereka kerana tidak dapat pergi ke Universiti yang berada diluar Gaza. Walaupun perbuatan terkutuk yahudi ini jelas bertentangan dan menlanggar hak asasi manusia tetapi dunia umumnya masih membisu.

"The popular Committee Against Santions melalui wakilnya Jamal al-Khidari merayu Negara Arab dan Islam supaya mengambil tindakan dengan segara untuk menyelamatkan rakyat Palestin dari sekatan (siege) yang jelas menindas mereka. Malah sepuluh buah NGO gabungan rakyat Palestin dan Yahudi dalam pertubuhan hak asasi manusia telah menghantar "petition" kepada Mahkamah Tinggi Israel agar sekatan ini dihentikan segera kerana jelas melanggar undang-undang antarabangsa dimana sekatan ini telah membahayakan orang awam danmenghalang sumber tenaga asas yang perlu untuk kehidupan harian. Menurut mereka pula berpuluh-puluh orang pesakit telah mati di jalur Gaza akibat dinafikan untuk mendapatkan rawatan di luar Gaza. Sampai sekarang PBB, dan pertubuhan –pertubuhan lain didunia masih tidak mengambil apa-apa tindakan keatas rejim Israel. Yang paling sedih dan malang sekali OIC masih membisu atau mungkin tidak melihat pun apa yang berlaku di Gaza (O I don't C). Negara- Negara Islam dan Arab juga turut membisu.

Malah yang paling meruntun perasaan sekali apabila pemimpin Negara Arab/Islam seperti Mesir sanggup memberi amaran kepada rakyat Palestin di Gaza bahwa kaki mereka akan dipatahkan jikalau cuba mencerobohi tembok/sempadan bersebelahan di Mesir disaat umat Islam di Gaza sangat memerlukan pertolongan umat Islam yang lain. Jikalau inilah sikap umat Islam terhadap Palestin tidak mustahil penjara yang dibina oleh yahudi untuk umat Islam di wilayah yang duduki akan bertukar menjadi pusara yang besar untuk rakyat Palestin. megat s ibrahim 10 feb. 2008

 
Banner
We have 9 guests online
.
Banner
ROQ 2008
Banner
.
Banner
Zaytouna Centre
Banner
KISPA
Banner
Aman Palestin
Banner