|
Jimmy Carter pernah menulis bahawa antara faktor yang menyebabkan perdamaian yang kekal sukar dicapai kerana sikap Yahudi yang mempercayai bahawa mereka mempunyai hak untuk merampas dan menjajah tanah orang arab/muslim dan cuba menghalalkan penindasan dan segala kekejaman yang dikenakan oleh mereka terhadap orang Palestin yang sedang hidup menderita dan merana. Semenjak dari September 2000 hingga 2006 saja hampir 4000 orang Palestin telah dibunuh oleh Israel dan angka korban ini terus meningkat dari masa ke masa.
Israel bagaikan boleh disinonimkan dengan kejahatan, pembunuhan dan kekejaman.Israel merasakan derita yang ditanggung oleh orang Palestin bagaikan tidak mencukupi. Dan juga mereka merasakan tidak puas dengan segala kekejaman yang dilakukan keatas orang Islam. Oleh itu walaupun pada Julai 2004 bahagian kehakiman Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memutuskan bahawa menjadikan kesalahan kepada Israel membina tembok-tembok batu mengelilingi tebing barat dan jalur Gaza dan mengarahkan Israel meroboh tembok-tembok ini, namun Israel terus membina tembok-tembok ini dan ianya siap sepenuhnya pada April 2006. Alasan mereka membina tembok ini ialah untuk menjaga keselamatan rakyat Israel dari serangan orang Palsetin. Tapi sebenarnya apa yang berlaku ialah orang Palestin di tebing barat dan jalur Gaza terpenjara dalam tembok-tembok batu ini. Bukan itu saja tembok ini telah memusnah banyak harta-benda orang Islam semasa proses pembinaannya .Dan keluasan kawasan yang diduduki di tebing barat dan jalur Gaza menjadi semakin kecil kerana tembok-tembok ini dibina didalam kawasan yang diduduki bukan diatas sempadan yang telah ditetapkan oleh PBB. Tembok2 ini juga menyempitkan dan menyusahkan semua urusan kehidupan orang Palestin di kawasan yang diduduki. Hampir sempurnalah kekejaman Israel kepada penduduk-penduduk Palestin. Walaupun dalam keadaan yang tertindas dan ditekan dari berbagai sudut, satu ketika pihak Hamas pernah menawarkan gencatan senjata –hudna selama dua, sepuluh atau limabelas tahun demi menjaga kedamaian dan keselamatan penduduk Israel dan Palestin tetapi dengan syarat Israel berhenti menyerang orang Palsetin. Memang bukan niat Israel untuk berdamai dengan penduduk Palestin. Peperangan dan pembunuhan rakyat Palestin terus berlaku. Namun begitu pejuang Hamas tidak pernah tunduk atau mengaku kalah kepada Israel. Roket-roket pejuang-pejuang Islam dari jalur Gaza Palestin terus menerobos memasuki wilayah Israel. Baru-baru ini pada tanggal 17 January 2008, kekejaman Israel terus memuncak, Israel telah memutuskan bekalan minyak kepada janakuasa elektrik yang membekal elektrik ke jalur Gaza sebagai hukuman pejuang-pejuang Hamas di sini. Tindakan Israel ini seolah –olah ingin menghapus terus orang –orang Palestin dari bumi Palestin. Jikalau bekalan elektrik ini terus terputus, akan berlakulah krisis kemanusian yang amat dashyat, banyak orang awam yang akan terkorban termasuklah kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua akibat kebuluran, kesejukan dan macam-macam lagi bahaya. Israel mungkin merancang untuk menyahkan umat Islam dari bumi Palestin ini, namun ALLAH pasti tidak akan biarkan peristiwa ini berlaku. Tembok batu berdekatan Rafah dipecah oleh pejuang Hamas, berduyun-duyunlah orang Palestin di jalur Gaza menyemberang dan menuju ke Mesir demi kehidupan. Disebabkan Hamas merupakan pemerintah yang sah di jalar Gaza dan telah dilantik di dalam satu plihanraya yang adil dan sah, maka segala urusan yang hendak diselesaikan di Gaza dan sekitarnya mestilah melibatkan Hamas walaupun Israel dan Mahmoud Abbas tidak mengiktiraf Hamas sebagai pemerintah yang sah. Dan semua ini merupakan rahmat yang tersembunyi kerana Hamas-pejuang Islam kembali menjadi Penentu Utama dalam menentukan kedamaian di bumi anbiyaaa' walaupun tidak disukai oleh musuhnya |